Wednesday, 30 April 2014

Bunga Orkid

Bunga orkid
Aku menunggu dia, baru setengah jam aku tunggu. Aku memetik butang radio sementara menunggu aku menjadi tak sabar. Dicakapnya tadi limit ‘jer’ tapi sekarang dah setengah jam. Nasib baik aku tak naik marah, aku cuma kata sabar dalam hati. Aku memikirkan bunga ros yang diberikan oleh perempuan misteri pada bulan lalu. Ya, bulan lalu, ketika aku masih menunggu dia pada waktu tengah malam, sebiji macam malam ni. Perempuan tu just berpakaian putih, bertudung dan sedikit labuh. Aku tak perasan sama ada kain dia labuh atau tidak kerana malam tu aku tak pakai cermin mata.
Amsyar! Sori late. I promise tak buat you tunggu lagi okay.
Hmm, aku mengyakan apa yang dia cakap. Well, sebagai seorang suami, aku just sabar kerana sabar tu amat cantik. Malam tu amat gelap. Jiran-jiran dah balik kampung, cuti sekolah katanya. Aku lihat bunga orkid di laman itu masih harum. Bagus juga dia mejaganya. Dalam senyap aku senyum.
Aku dan dia terus bergerak keluar daripada halaman rumah. Memikirkan siapa gadis misteri, aku terfikir bunga ros yang dah layu. Aku minta maaf jika bunga tu, dia minta aku jagakan dan bunga tu dah layu. Aku memandu sedikit laju, biasalah bila jalan tak ada kereta lain. Biasanya aku pergi ke lata bayu, tak la gelap macam ini sekali. Kadang-kadang mengharapkan tiada berlaku apa-apa.
Dia merupakan rakan sekolah rendah aku dulu. Semasa belajar, dia sempat ke United kingdom, dan aku ke Malaysia. Cerita yang berbeza, aku tak mengharap cerita itu begini gabungannya. Mengejar masa untuk menghantarnya ke KLIA pada malam tu, kena menghadiri persidangan di Mesir selama dua hari. Tidak hairan bagi aku untuk mempunyai seorang peneman yang tabah dan sabar menahan panas baran aku setiap hari.
Ada satu hari tu, aku berikan bunga orkid kepadanya tapi dia tolak. Aku simpan bunga orkid tu sehingga layu. Sehingga busuk, aku perhatikan dia setiap hari, aku perhatikan dia setiap kali dia datang ke sekolah waktu pagi. Bunga ros yang selalu menjadi penyambutnya ketika dia datang ke sekolah. Dan, aku cuba memberikan bunga ros yang kurang satu kuntum.

Malam itu gelap, penglihatan aku tiba-tiba kabur. Entah, dia mejerit kepada aku. Aku terpaku, aku tak megerti, kereta yang aku pandu tak lagi aku sedari. Aku tak tahu apa yang terjadi kepada aku. Aku tidak mendengari apa-apa daripada dia. Beberapa ketika kemudian, aku sedar yang aku sedang berdiri di tepi papan tanda yang usang. Kelihatan gadis cantik serba putih sedang berjalan kearah aku, sambil MEMBAWA BUNGA ORKID YANG BUSUK!