24/4/2013-21/4/2013
OH! Guides
- Jalinkan hubungan dan ukhuwwah serapat yang mungkin dengan setiap member-member yang ada kat sekeliling anda.
- Cuba kearahkan segala keringat dan kudrat anda dalam memantapkan penguasaan ilmu dan makanan rohani diri.
- Kalau ada sebarang keraguan atau pertanyaan, terus ja tanya dengan mana-mana brother senior yang berdekatan anda!
- Berusaha untuk sentiasa be on time mengikut aktiviti-aktiviti yang telah disusun dan diatur.
- Dalam usaha memantapkan kekuatan jiwa & rohani kita, Islam menggalakkan diri kita untuk melakukan solat Dhuha, Mat'hurat, bacaan Al'Quran & solat Witir...so apa lagi!!??
- Sejarah mereka yang bergelar muslim bermula dari Nabi Adam a.s., seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi penutup.
- Kisah kejadian Adam a.s. dan bagaimana iblis ingkar terhadap suruhan Allah supaya tunduk sujud menyebabkannya digolong sebagai musuh manusia yang nyata.
- Tatkala Adam a.s. diturunkan Allah, maka beliau sedar peranan dan matlamat yang dipikulnya di muka bumi ini: 'ubudiyyah & khalifah.
- Quran ad-Dzarifat 51:56 & al-Baqarah 2:30
- Dari Nabi Ibrahim a.s., telah muncul Nabi Ismail a.s. di Mekah dan Nabi Ishak a.s. di Palestin.
- Nabi Ishak, Yaakub, Yusuf, Musa sehinggalah ke Nabi Isa a.s.-semuanya diutuskan kepada bani Israel.
- Namun selepas Nabi Isa a.s., Allah mengalih pemilihan nabi di kalangan Nabi Ishaq ke keturunan Nabi Ismail a.s. iaitu Muhammad s.a.w.