Wednesday 30 April 2014

Bunga Orkid

Bunga orkid
Aku menunggu dia, baru setengah jam aku tunggu. Aku memetik butang radio sementara menunggu aku menjadi tak sabar. Dicakapnya tadi limit ‘jer’ tapi sekarang dah setengah jam. Nasib baik aku tak naik marah, aku cuma kata sabar dalam hati. Aku memikirkan bunga ros yang diberikan oleh perempuan misteri pada bulan lalu. Ya, bulan lalu, ketika aku masih menunggu dia pada waktu tengah malam, sebiji macam malam ni. Perempuan tu just berpakaian putih, bertudung dan sedikit labuh. Aku tak perasan sama ada kain dia labuh atau tidak kerana malam tu aku tak pakai cermin mata.
Amsyar! Sori late. I promise tak buat you tunggu lagi okay.
Hmm, aku mengyakan apa yang dia cakap. Well, sebagai seorang suami, aku just sabar kerana sabar tu amat cantik. Malam tu amat gelap. Jiran-jiran dah balik kampung, cuti sekolah katanya. Aku lihat bunga orkid di laman itu masih harum. Bagus juga dia mejaganya. Dalam senyap aku senyum.
Aku dan dia terus bergerak keluar daripada halaman rumah. Memikirkan siapa gadis misteri, aku terfikir bunga ros yang dah layu. Aku minta maaf jika bunga tu, dia minta aku jagakan dan bunga tu dah layu. Aku memandu sedikit laju, biasalah bila jalan tak ada kereta lain. Biasanya aku pergi ke lata bayu, tak la gelap macam ini sekali. Kadang-kadang mengharapkan tiada berlaku apa-apa.
Dia merupakan rakan sekolah rendah aku dulu. Semasa belajar, dia sempat ke United kingdom, dan aku ke Malaysia. Cerita yang berbeza, aku tak mengharap cerita itu begini gabungannya. Mengejar masa untuk menghantarnya ke KLIA pada malam tu, kena menghadiri persidangan di Mesir selama dua hari. Tidak hairan bagi aku untuk mempunyai seorang peneman yang tabah dan sabar menahan panas baran aku setiap hari.
Ada satu hari tu, aku berikan bunga orkid kepadanya tapi dia tolak. Aku simpan bunga orkid tu sehingga layu. Sehingga busuk, aku perhatikan dia setiap hari, aku perhatikan dia setiap kali dia datang ke sekolah waktu pagi. Bunga ros yang selalu menjadi penyambutnya ketika dia datang ke sekolah. Dan, aku cuba memberikan bunga ros yang kurang satu kuntum.

Malam itu gelap, penglihatan aku tiba-tiba kabur. Entah, dia mejerit kepada aku. Aku terpaku, aku tak megerti, kereta yang aku pandu tak lagi aku sedari. Aku tak tahu apa yang terjadi kepada aku. Aku tidak mendengari apa-apa daripada dia. Beberapa ketika kemudian, aku sedar yang aku sedang berdiri di tepi papan tanda yang usang. Kelihatan gadis cantik serba putih sedang berjalan kearah aku, sambil MEMBAWA BUNGA ORKID YANG BUSUK!

Thursday 15 August 2013

Bismillah.

masihkah kau ingat tatkala aku di sekolah rendah dahulu?
waktu di mana aku selalu menyendiri,
membuang masa memikirkan perkara-perkara rumit.
kau tentu sudah lupa kan?

masihkah kau ingat di masa kita di tepi sungai?
sambil memancing sampah-sampah di dasar.
tanpa kita memikirkan ikan-ikan yang lain,
yang sedang memerhatikan kita?

tatkala aku bersendirian,
aku masih ada kawan untuk bermain.
walau di rumah atau sekolah,
sungguh kau tidak tahu, rasanya.

gramatis? itukah kata kunci,
mempunyai strukutur tersendiri,
menghasilkan maksudnya sendiri.
tatkala bahasa badan hanya psikologi. 

Saturday 13 July 2013

semester kedua !

hye! sorri la bcoz ak lma x update blog ak nih.. herm, banyak sungguh assignment ak nak kena settle.. =0
basically, smester kedua ak nih pendek ja.. lebih kurang dua-tiga ja.. hha. and then, ak amik empat subjek, agak skit la.. hhe. memang agak susah nak handle semua problem nih and sampai ak x buat langsung math's exercise.. (nak ckap yg dah pandai pon x boleh jugak..) kang x pasai2 fail sebab x studi.. apa2 pon, semua dah nak masok tengah sem, so rempoh ja la.;. =) ak x tau la spa la yg senaseb dengan ak.. tapi hakikatnya ada yg lebih kurang bernaseb baek daripada ak, actually.. herm.. so, for this only my post.. wait for next month yeah..

Monday 29 April 2013

ISK_INI SEJARAH KITA. "Menyingkap layar kehidupan Add-Deen"

 Hulu Langat & Sungai Gabai
24/4/2013-21/4/2013

OH! Guides
  • Jalinkan hubungan dan ukhuwwah serapat yang mungkin dengan setiap member-member yang ada kat sekeliling anda.
  • Cuba kearahkan segala keringat dan kudrat anda dalam memantapkan penguasaan ilmu dan makanan rohani diri.
  • Kalau ada sebarang keraguan atau pertanyaan, terus ja tanya dengan mana-mana brother senior yang berdekatan anda!
  • Berusaha untuk sentiasa be on time mengikut aktiviti-aktiviti yang telah disusun dan diatur.
  • Dalam usaha memantapkan kekuatan jiwa & rohani kita, Islam menggalakkan diri kita untuk melakukan solat Dhuha, Mat'hurat, bacaan Al'Quran & solat Witir...so apa lagi!!??
Sejarah Umat Islam

  • Sejarah mereka yang bergelar muslim bermula dari Nabi Adam a.s., seterusnya nabi-nabi yang terdahulu dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi penutup.
  • Kisah kejadian Adam a.s. dan bagaimana iblis ingkar terhadap suruhan Allah supaya tunduk sujud menyebabkannya digolong sebagai musuh manusia yang nyata.
  • Tatkala Adam a.s. diturunkan Allah, maka beliau sedar peranan dan matlamat yang dipikulnya di muka bumi ini: 'ubudiyyah & khalifah.
  • Quran ad-Dzarifat 51:56 & al-Baqarah 2:30
  • Dari Nabi Ibrahim a.s., telah muncul Nabi Ismail a.s. di Mekah dan Nabi Ishak a.s. di Palestin.
  • Nabi Ishak, Yaakub, Yusuf, Musa sehinggalah ke Nabi Isa a.s.-semuanya diutuskan kepada bani Israel.
  • Namun selepas Nabi Isa a.s., Allah mengalih pemilihan nabi di kalangan Nabi Ishaq ke keturunan Nabi Ismail a.s. iaitu Muhammad s.a.w. 

Saturday 17 December 2011

Aku bukan Anak Pengemis

             Jam dinding rumahnya sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Amsyar masih belum dapat melapkan matanya kerana asyik memikirkan ibunya di hospital. Qaizatul Zahrah telah nyenyak dibuai mimpi selepas mengambil ubat batuk yang baru diberikan oleh Kak Nik. Amsyar cuba membaringkan badannya ke atas tikar mengkuang yang masih elok.
            Amsyar masih tidak dapat melelapkan matanya kerana dikejutkan oleh hujan lebat yang menimpa bumbung rumahnya. Amsyar memalingkan mukanya ke arah buku-buku kerja Qaizatul Zahrah yang terletak di atas meja buruk di hujung penjuru dinding.
“Tap,tap,tap,”
Amsyar terdengar bunyi titisan air hujan yang jatuh melalui lubang-lubang kecil yang terbentuk pada bumbung. Amsyar mengalihkan pandangannya ke arah titsan air hujan itu. Titisan air hujan itu menits ke atas pakaian ibunya. Amsyar terus bangun mengubah kedudukan almari ibunya. Amsyar terfikir akan duit simpanan di dalam  tabung.
“bolehkah aku menggunakan duit itu untuk mebaiki bumbung itu?”
Amsyar tahu yang duit disimpan untuk mebiayai kos pendidikan untuk Qaizatul untuk tahun hadapan. Amsyar menangguhkan dahulu hasratnya untuk membaiki bumbung-bumbung itu. Amsyar berjalan kembali ke tempat tidurnya dan membaringkan badannya. Amsyar menutup matanya perlahan-lahan.
            ***
Kesunyian pada pagi itu diisi dengan bunyi deringan jam loceng mekanikal Qaizatul Zahrah. Amsyar terjaga dari tidurnya dan terus pergi ke perigi luar untuk mandi. Semasa Amsyar menjiruskan air perigi ke kakinya, dia berasa kesejukan air perigi rumah meresap hingga ke tulang-belulangnya. Manakala, Qaizatul mandi menggunakan air kolah di dalam rumah mereka.
Kakak Nik telah mengingatkan amsyar untuk pergi bekerja dan Qaizatul pula perlu pergi ke sekolah. Kakak Nik berjanji kepada Amsyar bahawa dia akan menolong amsyar untuk mwnjaga ibu mereka untuk sementara waktu di hospital. Pada pagi itu,Kakak Nik menolong amsyar untuk menghantar Qaizatul ke sekolahnya dan Amsyar boleh pergi terus ke bengkel Encik Kasim, tempat Amsyar bekerja selama ini. Apabila Amsyar tiba di bengkel, Encik kasim memanggil namanya.
“Amsyar,motosikal yang rosak tu kau dah perbaiki dah? ”
“Sudah encik Kasim,kenapa?”
“Ni, ada orang tinggalkan motosikal dia kat sini sebab moto dia mati tengah jalan tadi,dia kata tengah hari nanti,dia datang ambil ”
“ok, nanti saya cuba periksa motosikal tu”
Sebelum melakukan apa-apa kerja, Amsyar akan mengemas perkakas-perkakas yang telah digunakan dan diletakkan kembali ke dalam almari supaya tidak rosak.
Sebelum Amsyar membaiki motosikal tadi , datang sebuah kereta Mercedez yang berkaca hitam dan berhenti di hadapan bengkel. Amsyar bermonolog sendirian.
“Hish, sapa la nak berhenti depan bengkel ni saja-saja ”
Kelihatan seorang perempuan bertudung merah sedang memegang stereng kereta Mercedez itu. Perempuan memperkenalkan namanya kepada Amsyar.
“Nama saya Noor Syuwani,encik ini tentu Amsyar bukan?”
“Ya,kenapa cik mencari saya, saya tak pernah hutang bank pun,hutang along apatah lagi sebab saya anak sulong dalam keluarga saya”
“Bukan kerana itu,saya tahu encik tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak kecuali,mungkin dengan orang terdekat encik. Tujuan saya datang ke sini hanyalah untuk menyerahkan dokumen ini”
(sambil menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada Amsyar)
“Surat apakah ini?”
“Encik akan tahu apabila encik membuka surat ini,saya hanya menunaikan amanah yang telah diberikan oleh syarikat saya untuk menemui encik”
Amsyar menjadi hairan akan kedatangan perempuan itu.
“adoi, kenapalah aku tak tanya nama dia tadi. ”
Amsyar mengeluh kerana gagal mengetahui nama perempuan tadi. Amsyar mengambil spanar bersaiz 13 untuk membuka enjin motosikal yang rosak. Rupa-rupanya clutch motosikal itu sudah rosak apabila Amsyar membuka penutup enjin motosikal itu. Amsyar berjalan ke almari untuk mengambil clutch yang baru.
Sesudah Amsyar selesai membaiki motosikal yang rosak itu. Amsyar pergi kepada Encik kasim dan meminta izinnya untuk keluar awal.
“Encik Kasim, boleh tak saya keluar awal?”
“boleh. Tapi esok datang kerja awal sedikit.”
“terima kasih Encik Kasim”
Amsyar berjalan ke tempat parkir motosikalnya di hadapan bengkel Encik Kasim. Amsyar menelefon nombor Kak Nik.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam, akak dah ambil Qaizatul.”
“Akak di mana sekarang? Saya dalam perjalanan ke hospital dah ni.”
(sambil menghidupkan motosikalnya)
“Akak di dalam hospital sekarang. Ibu Amsyar sudah selamat menjalani pembedahan itu dan dia sudah sedar tadi dan sekarang dia sedang berehat.”
“Alhamdulillah… selamat juga ibu saya menjalani pembedahan itu… saya akan tiba tidak lama lagi ”
                                                            ***
Amsyar memakirkan motosikalnya di hadapan bangunan hospital. Amsyar memerhati awan di langit. Kelihatan awan mulai mendung, mungkin hari ini hujan akan turun lagi. Amsyar memasukkan surat yang diterimanya ke dalam begnya dan terus berjalan ke dalam hospital.
Qaizatul memanggil nama Amsyar.
“Abang,abang,abang. Ibu sudah sedar.”
Amsyar mempercepatkan gerakan kakinya supaya cepat sampai ke dalam bilik rawatan ibunya.
“Assalammualaikum… ibu rasa ok x hari ni?”
“Waalakummussalam. Ibu rasa lebih sihat hari ni ”
“Hari ni Amsyar menerima surat daripada sebuah syarikat”
“syarikat ? Amsyar sudah baca surat itu?”
“belum lagi ibu, nanti saya baca.”
Amsyar mengeluarkan surat itu daripada begnya sambil diperhatikan oleh Kak Nik. Kemudian Amsyar membaca surat itu.
“Kepada waris keluargaku, ayah sebenarnya meninggalkan sebuah syarikat untuk kamu, Amsyar   dan untuk Qaizatul, ayah meninggalkan sebuah asset berjumlah satu juta ribu tetapi kamu akan memilikinya apabila kamu berumur 18 tahun. Kepada isteri kesayanganku, abang minta maaf kerana merahsiakan senua ini. Amsyar, jagalah keluargamu dengan baik dan jadilah pengarah syarikat yang ayah tinggalkan selama ini. Mintalah bantuan daripada seorang pembantu yang telah ayah lantik jika kamu memerlukan pertolongan. Sekian.”
(isi surat itu)
“eh? Ayah masih hidup? Tetapi bagaimana?”
“sebenarnya ayah kamu cuma hilang sahaja. Sudah tiba masanya untuk ibu ceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku.”
Pada 20 tahun yang lalu, ketika Amsyar tidak mengerti apa-apa lagi, dan Qaizatul masih dalam kandungan ibu. Ayah Amsyar telah mengalami kemalangan di lokasi pembinaannya. Seluruh keluarga ayah tidak pernah menyukai ibu kerana ibu berasal dari keluarga yang miskin. Mereka menyangka ibu hendak membolot seluruh aset-aset milik keluarga ayah kerana wasiat terakhir datuk kamu memberikan 90% harta-harta mereka kepada ayah Amsyar kerana ayah Amsyar ialah anak sulung keluarga mereka. Apabila ayah Amsyar berada di hospital, mereka mengangap ibu dan kita membawa nasib malang kepada mereka dan menghalau kita dari sana. Selepas ayah sembuh, dia cuba mencari kita tetapi tidak berjaya kerana kita sudah berpindah ke kampung simpang empat kuar. Tapi jika itu permintaan ayah kamu, Amsyar perlu tunaikannya.
“kalau begitu,ayah Amsyar masih hidup?”
Amsyar kehairanan mendengar bahawa ayahnya masih hidup kerana selama ini dia menyangka ayahnya telah mati ketika ditimpa kemalangan di lokasi pembinaan bangunan.
“betul, ayah kamu masih hidup ketika itu tetapi ibu merahsiakannya selama ini kerana tidak mahu kita kembali kepada keluarga dan ayah kamu sudah meninggal dunia bulan lepas”
“tidak ibu, kita kena kembali kepada keluarga itu untuk menuntut bela ke atas maruah kita,maksud Amsyar bukan untuk membalas dendam tetapi untuk mendapatkan hak kita”
***
Jam tangan Amsyar menunjukkan sudah pukul 10 pagi. Kak Nik yang memandu kereta Mercedez miliknya berhenti di hadapan bangunan Wangsa Maju Holding. Jantung Amsyar berdegup laju untuk menemui pak ciknya yang tidak pernah dikenalinya. Amsyar menutup pintu kereta Kak Nik dengan perlahan-lahan.
Pelbagai persoalan yang bermain-main di fikirannya. Adakah pak ciknya akan dapat menerimanya sebagai pengarah baru di syarikat itu? Dan yang lebih besar adakah keluarga mereka akan dapat semula hak mereka yang telah dirampas. Amsyar membiarkan persoalan itu bermain-main di fikirannya. Dia mula berdoa kepada Allah supaya segala usahanya diberkati oleh-Nya.

Kata-kata dari penulis:
Terima kasih kerana sudi membaca cerpen ini. Cerpen ini ditulis kerana untuk memberikan pengajaran kepada kita untuk sentiasa tidak berputus asa di dalam kehidupan. Dan sentiasa perlu berdoa kepada Allah tidak kira apa yang berlaku. Jika pembaca-pembaca inginkan sambungannya, janganlah lupa untuk memberitahu saya…. Sekian .

Saturday 19 November 2011

Panorama di waktu senja...

 perjalananku menyusuri jalan ke kuala kuar.
                                                                                                                                


 jeti yang menjadi tempat  para nelayan menaikkan hasil tangkapan ikan mereka setiap hari...
Siapa kata panorama ketika matahari terbenam tak best?

Pokok ni bukan tumbuh sendiri kat situ tapi aku sendiri yang angkat dari tempat lain..

Yang ni baru ori..





Thursday 10 March 2011

hidup

hidup ini memerlukan kesabaran ,disebalik kemarahan itu ada kasih sayang ,jadi tidak perlulah kita hendak menyalahkan guru sendiri jika mereka memberikan kita berguni-guni kerja rumah untuk cuti ni kerna mereka ingin melihat kita berjaya.