Bunga orkid
Aku menunggu dia, baru setengah jam aku tunggu. Aku memetik
butang radio sementara menunggu aku menjadi tak sabar. Dicakapnya tadi limit ‘jer’
tapi sekarang dah setengah jam. Nasib baik aku tak naik marah, aku cuma kata
sabar dalam hati. Aku memikirkan bunga ros yang diberikan oleh perempuan
misteri pada bulan lalu. Ya, bulan lalu, ketika aku masih menunggu dia pada
waktu tengah malam, sebiji macam malam ni. Perempuan tu just berpakaian putih,
bertudung dan sedikit labuh. Aku tak perasan sama ada kain dia labuh atau tidak
kerana malam tu aku tak pakai cermin mata.
Amsyar! Sori late. I promise tak buat you tunggu
lagi okay.
Hmm, aku mengyakan apa yang dia cakap. Well, sebagai
seorang suami, aku just sabar kerana sabar tu amat cantik. Malam tu amat gelap.
Jiran-jiran dah balik kampung, cuti sekolah katanya. Aku lihat bunga orkid di
laman itu masih harum. Bagus juga dia mejaganya. Dalam senyap aku senyum.
Aku dan dia terus bergerak keluar daripada halaman
rumah. Memikirkan siapa gadis misteri, aku terfikir bunga ros yang dah layu. Aku
minta maaf jika bunga tu, dia minta aku jagakan dan bunga tu dah layu. Aku memandu
sedikit laju, biasalah bila jalan tak ada kereta lain. Biasanya aku pergi ke
lata bayu, tak la gelap macam ini sekali. Kadang-kadang mengharapkan tiada
berlaku apa-apa.
Dia merupakan rakan sekolah rendah aku dulu. Semasa belajar,
dia sempat ke United kingdom, dan aku ke Malaysia. Cerita yang berbeza, aku tak
mengharap cerita itu begini gabungannya. Mengejar masa untuk menghantarnya ke
KLIA pada malam tu, kena menghadiri persidangan di Mesir selama dua hari. Tidak
hairan bagi aku untuk mempunyai seorang peneman yang tabah dan sabar menahan
panas baran aku setiap hari.
Ada satu hari tu, aku berikan bunga orkid kepadanya
tapi dia tolak. Aku simpan bunga orkid tu sehingga layu. Sehingga busuk, aku
perhatikan dia setiap hari, aku perhatikan dia setiap kali dia datang ke
sekolah waktu pagi. Bunga ros yang selalu menjadi penyambutnya ketika dia
datang ke sekolah. Dan, aku cuba memberikan bunga ros yang kurang satu kuntum.
Malam itu gelap, penglihatan aku tiba-tiba kabur. Entah,
dia mejerit kepada aku. Aku terpaku, aku tak megerti, kereta yang aku pandu tak
lagi aku sedari. Aku tak tahu apa yang terjadi kepada aku. Aku tidak mendengari
apa-apa daripada dia. Beberapa ketika kemudian, aku sedar yang aku sedang berdiri
di tepi papan tanda yang usang. Kelihatan gadis cantik serba putih sedang
berjalan kearah aku, sambil MEMBAWA BUNGA ORKID YANG BUSUK!